coretan kehidupan di jogja

Assalamualaikum everyone…

hurm, long time x update blog…agak2 da bersarang labah2 dakan..aigoo…

Kesibukan melanda diri..baru je pulang dari jogjakarta..
ikut student exchange ke Universiti Islam Indonesia..
19 of us (iium’s law students) stayed there about a month..10 students ke UII and balance ke UMY (Universiti Muhammadiyah Yogjakarta)

Lots of Experiences that can be shared with all of u guys..

Before this I always thought that Indonesia=crime..because itu yang selalu di paparkan oleh media di Malaysia.. any crime that happened in Malaysia, automatically relate to Indonesian..it’s shows negative perspective about Indonesian..

But when I reached AdiSuciptoAirport, all of this thought changed 360 darjah..

Mana tak nye, the fact is they are such a good person..more than Malaysian..kaya dengan budi bahasa..

Before I fly, my lecture, DR Zaid asked me about Indonesian..and my answer more to negative perspectives. Then dr zaid said, sabirah.. u have been influenced a lot by our media..yeah, I’am dr.zaid..

What u said is true..now I see the reality..don’t judge a book by it’s cover..they are such a good and full with adab..

About a month at jogja, specific “UII”. I have class everyday except Sunday! Even Saturday pun ada class..dekat sana libur nye memang hari Ahad je.

Dekat sana, I masuk kelas bankruptcy law, criminal law, constitutional law, Islamic court and international law.. siap ada presentation macam dekat IIUM.. but that’s such a good experience for having presentation in front of international students..so, grap this opportunity!!! Yeah!!

Owh yeah, for ur information dekat sana sangat senang nak jumpa judge..i berpeluang jumpa Supreme Court Judge’s dekat seminar nasional yang diadakan di UII..panel nye adalah 2 lectures from Aikol which is DR .IQBAL and DR HANIFF…besides that diorang punye judge..it was an interesting seminar I thought. Give me lots of knowledge about Indonesian Law..

during seminar nasional..

I berpeluang pergi ke Jakarta and stayed there about 5 days, with all my new friends! Dekat sana kitorang pergi melawat semua court yang ada n beberapa agency, macam badan pencegah rasuah ..best sebab berpeluang melihat demonstrasi yang dibuat oleh rakyat. One more thing about Indonesia is, diorang memang betul2 menggunakan freedom of speech.. x macam Malaysia. Sebab tu diorang x de kes sangat tentang defamation. Salah satu contoh adalah masa kitorang melawat parliament..

Teman2 I from UII slumber je tanya soalan yang agak sensitive kepada wakil rakyat diorang tanpa rasa bersalah! Fuhhh!! Hebat la Eci..berani giler.. tu sebab diorang memang apply their right “freedom of speech”. Lagi satu , diorang x pernah rasa takut untuk menyoal..itu yang perlu kita jadikan contoh. Sebab katMalaysia, nak suruh students tanya soalan pun macam nak suruh gi perang..takut tak terkata.. but, different inIndonesia. I memang solute la!!! Ok, enough about law..

semasa di parliament- jakarta

Now, tentang masyarakat n alam sekeliling.. as we already know, tahap kemiskinan di Indonesia memang agak teruk lakan..contohnya di Jakarta..kasihan melihat anak2 kecil meminta sedekah. Tidur dibawah jambatan..x pergi sekolah..and yang remaja ni banyak nye jadi pengamin di jalanan n atas bus. Salah satu pengalaman yang x dapat dilupakan ialah semasa sesat (sasar) di Jakarta bersama dorsen(lecture) pak mahruz ali n beberapa teman lain dari Malaysian n Indonesia. Masa kitorang naik bus, which is bus yang sangat uzur + panas+ macet..then pengamin yang terdiri dari kalangan orang muda naik n menyanyikan lagu. Menggunakan instrument music macam guitar.. diorang nyanyi beberapa buah lagu , then kutip duit daripada penumpang bus. Siapa yang nak bagi, just give it la..selain itu ada jugak la anak kecil yang cacat kakinya merangkak-rangkak naik atas bus n mintak sedekah daripada penumpang..sangat dramatis di situ..mereka sanggup melakukan apa sahaja demi sesuap nasi. Ini keran peluang pekerjaan disana  sangat terhad. Tideak seperti Malaysia. Peluang luas terbentang, tapi tidak dimanfaatkan..soal nya, rakyat kita malas..banyak je alasan yang di berikan . ambil lah iktibar daripada rakyat Indonesia. Kegigihan dan semangat yang kuat  untuk hidup patut dijadikan inspirasi dalam hidup kita. Dari situ barulah akan terbit rasa syukur kepada Allah Yang Maha Esa.

Itu apa yang berlaku di Jakarta.

Kalau di jogja, penduduknye mostly terdiri daripada pelajar. Sebab itu nama nya kota pelajar. Terlalu banyak universiti disana.

Really enjoy hidup di jogja..salah satu benda yang pelik kat sana adalah, traffic light! Cuma hanya ada beberapa je. Tapi tidak pernah ada accident sepanjang I kat sana. Hebat!!! Sangat  berhemat ketika di jalanraya. Police pon x de keje..kat jogja banyak kedai @ dipanggil toko..examples, toko buku, apotek(farmasi), laundry and LESEHAN!!! (macam warung la) sebabnya, untuk kemudahan pelajar…haa, kalau tentang pengamin kat jogja ada juga..tapi takde la sampai kat atas bus. Selalunya dekat lesehan n tepi2 jalan je. Tak seteruk Jakarta lah! Macet pun takde sangat..ohh ya, macet tu maksudnya sesak @ jam ya..

Kalau bab2 shopping kat jogja, yang famous nye adalah marlioboro n pasar beringharjo..best sangat kat sana..barang murah2..kalau katsana, batik la yang banyak di jual. Cantik2…memang shopping sakan lakan. harga murah, lagi mau tunggu ka?? Hoho..

Dalam gembira, ada juga sedih nya..sedih melihat atok2 n nenek2 yang sedaya upaya mencari sesuap nasi. Sanggup mengambil upah mengangkat barang2 yang tersangat la berat pada pendapat saya dengan menggunakan kudrat mereka yang tidak seberapa.. itulah semangat mereka dalam mencari rezeki. Hampir menitis air mata melihat semangat mereka dalam bekerja.Cuba bayangkan nenek2 @ ibu kita yang tua, sakit2 urat bekerja sedemikian demi mencari sesuap nasi. Tapi kita tanpa belas kasihan menghabiskan duit yang diberikan oleh mereka untuk membuat perkara yang tidak berfaedah..renung-renungkanlah wahai teman sekalian.

nenek2 di pasar marlioboro..

Itulah pengalaman yang I dapat sepanjang barada di bumi Indonesia..pengalaman yang ngak bisa dilupakan dari kotak memori ini..dan amat disarankan kepada teman2 untuk melawat Indonesiajika mahu mencari erti hidup. Sangat banyak perkara yang dapat kita belajar tentang kehidupan. “Janganlah pandang Indonesia dengan sebelah mata kerana kejatuhan ekonominya..tapi pandanglah Indonesia dengan ketinggian adab dan pekertinya”.

Dimana amat jarang sekali kita temui di Malaysia. Setakat ini sahaja coretan perjalananku di bumi Indonesia. Coretan perjalanan yang banyak menyedarkanku dari lena tentang apa itu kehidupan dan kebahagiaan.

Ingatlah teman2 ku, kebahagian bukan di ukur dengan banyak nya harta, tingginya pangkat hatta kecantikan . tapi kebahagiaan lebih bermakna jika semua itu diselaputi dengan adab dan budi pekerti yang tinggi dalam diri. One more thing yang perlu diingat ialah sifat syukur dalam diri. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan Allah. Hidup di Malaysia yang kaya raya. Tidak seperti di Indonesiayang papa kedana.. tapi jangan lupa, mereka tersangat kaya dengan budi bahasa..

 

Terima kasih Indonesia, terima kasih sahabat2 ku dia sana(ditha, cahya, eci, arad, ogy,agus,fika,adam,mas jiwo, bie,andit, tena, anggit, hilmi,mak, nelly, wulan, erna,mieskey dan ramai lagi..tak dilupa dorsen2 yang setia mengajar dan menjawab segala persoalan dari kami..ibu aroma, pak mahruz, dan ramai lagi.)

Buat teman dari Malaysia, abg2 dan kakak2 ku, abg mawi, abg kamal, kak chacha, kak jijah, kak farah, kak syima, kak nina, hanis dan nabila)

Dan buat dorsenku di Malaysia, dr.zaid, dr iqbal and dr haniff..

Terima kasih semua! Syukran jazilan!! Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua..love u guys!!

love u guys! thanks for everything!!!

 

 

 

 

 

 

kenangan terindah bersamamu

“Tika mata, di uji manisnya senyuman..terpamir rasa menyubur harapan..

Dan seketika terlontar ke dunia khayalan…”

Tengah seronok melayan lagu atas nama cinta nyanyian UNIC, handfon Bee pon berbunyi.. jelas kedengaran suara Aliya di talian..

“Bee! Kau dah check result upu? Aku dapat UKM..course medic! Cepat la check babe!

Ok2! Aku check sekarang..Nanti aku kol kau blek ek bee!

Talian pun dimatikan..dengan pantas Bee  online and check result UPU.

“Tahniah! Anda ditawarkan pengajian Undang-Undang di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws..”

Terpaku Bee  di hadapan skrin computer..dapat laws, alamak! Jadi ulat buku la pasni…nasib badan. Lain yang diminta, lain yang dapat. Musnah lah harapan aku nak jadi pembaca berita. Aku nak masscom!!!! Batin bee menjerit.

Before dapat belajar dekat Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws, bee

perlu habiskan foundation nya dekat Centre For Foundation Studies Nilai N9 for 1 year.

6 July adalah hari pendaftaran budak-budak baru. Bee  dihantar oleh family . Disana , dia berjumpa dengan sepupunya merangkap senior kat situ. Qassim namanya..nsib baik ada abang sepupu. Tak la homesick sangat!

Hahahaha…homesick ke aku ni? Hatinya berkata- kata. Hati keras macam batu pon wujud perasaan tu ke. Owhhh no! bee bermonolog sendirian.

Selesai pendaftaran, bee  menuju ke block D untuk mencari biliknya. Yeah! Jumpa jua akhirnya! DG8, I’m coming!

Bulat mata+ ternganga mulut Bee apabila membuka pintu biliknya..

blok yang penuh dengan kenangan

mmmuuuahhh!

Mak aii!! Ramai gler student dalam ni. Dah macam dorm kat sekolah berasrama da! Tak ada privacy langsung. Nak balik rumah!!! Tak suka ar macam ni. Abah, Bee nak balik.

Bee merengak di hadapan abahnya.

Relax la anak abah. Nak menuntut ilmu, mesti hadapi segala ujian. Ini baru permulaan. Abah yakin, Bee  mampu hadapinya. Basyha!!! Yolshimhi gongbuhaseyo, hwaitingg!!

Eh! Abah aku lak yang lebih-lebih ni.pandai lak bagi semangat dalam bahasa korea. Ni mesti ter influence dengan mak. Addicted sangat dengan cerita korea. Lebih teruk daripada anak-anaknya.

Selesai sesi menghantar anak-anak + menangis tersedu-sedan macam bakal berpisah berabad lamanya, semua parents diminta meninggalkan campus.

Bermulalah sesi taaruf  di dalam bilik DG8. Bilik yang menempatkan seramai 20 orang students.

Nuryana memulakan sesi taaruf. Hai! Aku yana..tapi boleh panggil yen je. Aku dari Ulu Yam Selangor.

bersama abg yen @ mak nyah vague!



Hey! Aku Bee from AS. Bukan Amerika Syarikat, tapi Alor Star. Aku bukan sekutu Bush mahupun Obama ok. Bee menambah. Semua orang ketawa mendengar lawak yang kurang menjadi tu.

Seterusnya, seorang demi seorang memperkenalkan diri.

Yam, Zatie, Tikah, Anis, Fida, Wawa, Na, Sarah, ISh, Zizah, Kak Diana, Fakhriyah, Aina, Fatma, Aisyah, Aisya, Myra,Yana at last si NUr. Fuhhh!! Ramai gler roommate aku. bee berkata dalam hati.

Hari kuliyyah berlalu dengan cepat. Semua ahli Dg8 sudah saling mengenali. Bermacam- macam kerenah dan perangai pelik-pelik yang dapat dilihat.

Ahli-ahli Dg8 terdiri daripada budak-budak kos Laws (yana, Bee, myra, Aisha, Aisyah,sarah, fatma &ish)

Islamic reveal knowledge @ irk (sila sebut sepertimana anda sendawa k) terdiri daripada zatie dolphin, nenek tikah, fida, yam, wawa, pokcik mokcik@fakriyah, mok jijah @ zizah, aina & Kak Diana Oloh.

miss u all!

Manakala anis from HS, nur @ hantu jelling from economics n Na from Bar.

Hubungan ahli DG8 sangat erat. Masing- masing mempunyai trademark tersendiri.

Bee, seorang student yang agak nakal ala tomboy + tak berperasaan.

Conflict antara Bee dengan nur bermula gara-gara berebut bilik air. Alkisahnya bermula bila si nur ni mandi tersangat la lama shower.

Si bee balik dari kelas pasti membebel sebab setiap kali dia balik, nur mesti ada dalam shower. Entah apa la yang di buatnya. Bee

Dengan  nur memang “x ngam”. Ada ja masalh diorang.

Pernah suatu pagi, nur ambik gula tanpa kebenaran, time tu semua orang tidur balik after subuh. Tapi si bee still sambung study. Dah la ambik gula tanpa kebenaran, lepas tu tutup x rapat. Mau tak naik hangin si bee ni. Lantas dia ambik gula yang bersemut tu then masukkan dalam beg nur. Biar dia bawak beg bersemut tu gi kelas.

Yam yang ketika itu tengah study hanya terlopong dengan tindakan bee.

Aduhh! Nasib kau la nur sebab cari pasal dengan bee . Budak ni memang selamba + nakal terlebih. Dia akan buat je apa yang dia rasa nak buat. “yam membebel dalam hati”.

Itu kisah Nur & bee.

Beralih ke kisah Nur again & anis mental disorder.

Budak econs and Hs. Berebut pakwe budak medic! Aduhh! Memang dahsyat perang ni.

Semuanya terjadi bila Nur temankan Anis berjumpa pakwenya dekat klcc.

Al maklumlah, si nur ni manje cikit. Senang la hati lelaki tergoda. Ni salah satu sifat yang bee x suka. Dia sangat pantang dengan orang yang manja terlebih.

Start dari situ la bermulanya konflik.kekasih anis beralih hati kepada nur. Sabar je la anis. Mybe itu bukan terbaik untukmu.

anyss mental disorder

Lagi satu nak citer, si nur ni lebih dikenali sebagai hantu jelling. Sebabnya, dia suka sangat menjeling orang. Huu..kan dah dapat gelaran baik punyerr!

Anis & bee  sgt kamcing. Masing-masing otak mental disorder + putus fius. Ada je idea gila-gila diorang yang memeriahkan bilik DG8. tanpa diorang, memang sunyi la bilik tu.

Selain itu, bee juga rapat dengan yam & zatie. Dua orang ni sangat bagus dalam memberi nasihat. Kalau khai ada masalah, yam dan zatie la tempat yang ditujunya. Senang dengan kemesraan mereka berdua.

Zatie ni sangat suka dolphin. Katanya dolphin chumel. Tapi si bee

ni memang suka menyakat zatie.

Tee! Jerung lagi comel la! “bak kata fiq nuor, jerung itu chumel!”

Hahaha…eh x la ! dolphin lagi chumel!!!!! X kira2!! “zatie bertegas dengan pendiriannya”

Punya la addicted dengan dolphin, sampai presentation pon nak citer tentang dolphin. Eleh, terlampau terikut dengan citer 1 liter  of tears la tu. Zatie oh zatie..

sampai dalam kelas zatie usung dolphin nye..

Lagi satu fakta tentang zatie ni, dia memang lembut orangnya. Hatinya baik sangat, tapi rock u!!! hehehehe.

Siti nuryana @ abang yen. Gua memang solute budak ni. Fuhh! Budak ni memang banyak kontroversi. Perempuan, tp gaya macam lelaki jugak. Lebih mesra dengan gelaran mak nyah vague!

Kalu nak taw, u olls baca la blog dia. Dia budak law jugak. Sangat pemurah, tak berkira langsung dengan orang. Semoga di murahkan rezeki ko ye nyah.

Dia budak pandai wooo..GPL dapat tinggi. Gua memang tabik spring la nyah..i like! (aku pon dah terikut gaya nyah nye)

Dulu masa sama-sama join jadi committee taaruff week, budak-budak lelaki panggil dia abg yen. Tapi dia x kisah pon. Dah dia memang tak berperasaan. I luv u lah abg yen! Yen jugak banyak membantu bee membalas dendam kat cik aya and anak ikannya, abg faiz. Fuhh! Memang x dapat dilupakan kisah dengan cik aya tu.

myra@peng! Budak yang banyak mengalirkan air mata di Dg8.

Agaknya banjir lam toilet tu mesti lebihan daripada air mata dia.

Bee agak rapat dengan dia. Sebab selalu dengar luahan hatinya. Hohohoho. Dia sangat rajin buat notes. And notes dia sangat complete. Si shah n sarah rajin copy notes dia. Kekadang tu bengang jugak dia. X pe la peng. Buat amal jariah la ye. Bertambah pahala. Haa..lagi satu dia ni sakit sikit. Sakit ulcers kat perut. Cian dia x leh makan pedas. Dah tu asyik kempunan nak mkan tomyam kedai makcik.

peng&tom!

Sebut pasal kedai makcik, teringat lak mas jono yang menjadi pujaan hati zatie. Apa la yang ada kat mas jono tu selain tahu buat burger je. Tapi x dapat dinafi, dia agak hensem la jgk. Hahaha..

Another story, aisyah @ Tong juga merupakan budak law. Yen yang start panggil dia “tong” reason, rambutnya macam sotong kurita. Haru betol la. Dia sangat lembut & agak melucukan. Tapi sangat banyak diuji oleh Allah. Mata nye sakit n macam-macam lagi. Sabar ye tong. We always with u! tong asal pahang . sama macam fida. Fida ni alim gak la. Bertudung labuh & baik hati. Sangat sayangkan kawan-kawannya.

Si bee  start membaca solusi bila terbaca solusi milik fida. Dari situ dia banyak berubah ke arah kebaikan. Thanxx fida! Koi sayang fida!

fida cakap, kalau rindu pandang la bintang dalam nie..

Nenek! @ tikah. Dia merupakan nenek kepada anis & bee.

Dia pon gler2 jgk. Boleh je msuk kalau bab-bab nak merapu guna jargon luar alam from hlovate. Putus fius+ luar sylibus+ sarkastikus+ petala kelapan + petala kelapan. Ni semua jargon luar alam yang hlovate suka pkai dalam setiap novelnya.

Fakta tentang nenek ni, dia pandai nyanyi. Suara sedap gler! Selalu jadi imam bila time solat jemaah. Tapi satu je yang x boleh blah tentang nenek, dia sangat suka merempit! Giler ganas nenek ni. Teringat si anis mimpi nenek merempit tahap x ingat daa..sian budak tu. Terkejut dapat mimpi camtu.

my nenek the purple one!

Saidatul najwa@ Na! budak ganu. Memey pekat ye kecek ganu. Tapi semua orang suke dia.

Pada satu malam, Na bawak kawan ye masuk bilik dg8 yang bertempat di graound floor block D. namanya “w”. fuuhh!! Bahaya si “w” ni. Mana taknya, first msuk bilik da terpikat dengan bee. Siap datang bilik setiap malam ni. Si bee lak cmfirm akan lari msuk study room kalau “w” datang.

Gler luar alam perempuan nih. Kadang-kadang dia akan tunggu kat kerusi depan bilik . tunggu si bee keluar. Sebabnya, si bee sokmo stdy luar bersama pokcik mokcik di malam hari. Sejuk cket sbb lama bilik tu dah macam oven. Gler panas tahap apa daaa..

Ok, pokcikmokcik@ fakriyah. Budak yang kurang ketinggian from klate. Gelaran tu si bee yang bagi. Sebabnya, dia suka sangat membebel tentang makanan kedai pokcik n mokcik. Pe lagi, amik la gelaran yang kurang sedap tu ye.

Budak ni sangat suka call ikim kalau ada waktu terluang. Sampaikan ucapan selamat study dekat budak2 dg8. haa…pe lagi, setiap orang sibuk je suruh pokcikmokcik sebut nama diorang. Cian budak kecik tu.

Esoknye pergi kelas, mesti si shah akan tanya.

Bilik korang ek yang kuar ikim malam tadi. Huhuhu..tu la pokcikmokcik, mu sokmo sangat kol ikim. Sampai budak laki pon da dapat cam bilik kita.

Bawah katil bee, ada sorang budak ni. Eh, bukan budak la. Dia kakak. Namanya kak Diana OLOH! Sebabnya, dia suka sangat sebut perkataan tu. Entah macam mana la dia sekarang. Agak nye tengah berkawat pon mesti sebut perkataan tu. “oloh! Maap abang komander. Terlupa step berkawat!” dia budak wataniah kat mahallah salahuddin after enter Gombak.

Mok jijah@ zizah! Tauke nasi kerabu. Walaupun asal sabah, tp dia terkenal dengan nasi kerabu. Sebabnya, dia suka sangat jual nasik kerabu time rafest or any festival. Suka tidur lewat and akan jadi peneman si bee  bila tdow lewat gara2 study case for mooting.

Budak ni rapat dengan aina n wawa. Dua orang budak ni sangat lembut n ayu. Senang ar nak buli. Mok jijah, x baik gitu baa…

Wawa suka sangat bawak kek cokelat kalau balik dari ganu. Stay kat ganu, tp kecek kedah. Pelik kan. Nak buat cmno, dia dibesarkan di kedah masa kecik2 dulu.

Aina lak budak kedah. Satu sekolah dengan bee dulu. Cian dia, termakan roti bekas tikus yang menginap di DG8. sakit perut sampai berapa hari.

Cter bab tikus ni, teringat lak incident yang berlaku pada suatu malam. Ketika si khai tengah study bersama zatie. Baik punye mood study datang, tetiba dikejutkan dengan kehadiran tikus yang lari masuk dalam locker . apa lagi, si bee ni walaupon cam tomboy, tapi penakut dengan tikus. Boleh pulak dia menjerit tahap tak ingat sambil lari naik atas katil. Cian tikus tu, terkejut dek penangan jeritan batin si bee. Sampai sekarang zatie suka mengejek bee dengan incident tikus tu.

tee! tikus ni comey cikit..

Citer pasal tengku fatma lak. Kerabat ganu, darah diraja. Dia ni suka sangat berdebat dengan bee. Ada je benda yang nak didebatkan. Pasal asal usul melayu and macam2 agi. Dengan budak ni, kalau nak berdebat memang takkan habis. Kalau yen, dia takkan layan when fatma ajak dia berdebat. Malas katanya. Berdebat tanpa fakta yang sohih! Fatma ni pelik sikit. Kalau dalam kelas, dia takkan tanggalkan begnya. Dia pakai tudung labuh, and galas beg pack. Sama je macam sorang budak laki tu. Namanya Zaid. Yen slalu ejek si fatma dengan Zaid. Kadang2 tersipu malu dia. Ok, dengan zaid x pe ar. Jangan gossip dia dengan abang aizat sudah. Abang si bee. Budak DQ!

Lagi pasal ahli DG8, siti sarah , bukan sarah raisuddin ye. Ini sarah mohari. Sangat suka bergayut dalam fon. X taw la apa yang dibualkannya. Sangat liat bangun pagi. Kalau nak pergi kelas, si bee @ yen yang akan kejutkan dia. Aduhh! Sarah 0h sarah. Dia budak kuantan , sama macam zatie dolphin. Entah macam mana la dia kat gombak sekarang ni. Sape yang tolong kejutkan dia kalau kelas pagi. Berubah ye sarah!papepon, dia sangat baik. Tak kedekut langsung. And sangat suka menolong orang. Adik beradik dia semuanya pandai2. yang penting abangnya kat Uk hensem. Nak dijodohkan dengan zatie. Tapi dolphin menolak! Hohohooho..

Finally aisha@ umairah & ish! Budak law gak. Diorang dari dulu sampai sekarang berdua je. Nak wat camne, dah sama kelas dari dulu hingga kini. Umairah suka balek umah. Jarang tinggal hostel sebab dia bwak kete. Si myra suka gak tumpang kete dia kalau blek hujung minggu. Ish lak jenis yang cakap lepas je. Means cakap je apa yang dia rasa. Kadang-kadang lawak gak budak ni. Muka ganas, tapi dalam hati ada taman wooo…

Hurmm, inilah cerita budak2 Dg8. macam- macam kerenah diorang. suka dan duka di tempuhi bersama. Semoga ikatan yang terbina sentiasa diredhai Allah.

Sekarang masing-masing dah berpisah bila dah masuk main camp. Jarang nak gather sama2..walau apa pon, kenangan kita bersama sentiasa terpahat di hati.

Bee yang dulunya budak yang tak berperasaan, dah ada perasaan la cikit. Dah boleh berfikir secara  matang. But perangai gila2  nye sentiasa wujud tatkala berjumpa geng ahli DG8.

Namun dia lebih focus dalam pelajarannya demi mengejar cita-cita. Menjadi peguam syariah! Walaupun kecewa kerana x dapat menjadi pembaca berita, perjuangan ini harus diteruskan! Basyaa!!! Terima kasih ahli-ahli dg8. pengalaman yang ditempuhi bersama banyak membantu diri ini. Teruskan usaha kita dalam mengajar keredhaan Allah. Jangan mudah mengalah bila ditimpa musibah. Itu hanya ujian di dunia.  luv u n miss u all!

yok jogging!

 

For you that I always Love

For you that I always Love,

I’m so happy today, for what I’ve raised myself, into what I’ve planned for ourselves. What about you? How are you doing there?

You lived your life. You prostrated to Allah at the end of the day. You prayed in the morning, full of hope. You filled your heart with His grace. You observed His creations, you praised Him.

You tried to follow the Sunnah, and your heart swelled with love for Muhammad. You kept in touch with your friends. You stayed connected with your family. You love them very much. Call and text. You did everything as best as you could. You dreamed of becoming a Muslim that will help Islam.

After all that you had, still in your heart you feel there’s an empty space. God intentionally emptied the space for a special person.

My dear, although I DON’T KNOW YOU YET. You may be someone I know. Or maybe not. I know you are pursuing the best of your life as a muslim, as well as your best being a husband.

My dear,

I just want to say, I love you and I miss you so much. Lillah. Be a good servant of Him, be a good son. I’ll wait  for you  ,when the time arrive, you will find me to be a flower of  your life~

Take care..

GAZA dan suara dunia

 

Ya Allah, Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Selamatkanlah rakyat Palestin dari cengkaman Israel laknatullah. Aku mohon kepadamu Ya Allah.

Selamatkanlah mereka dari seksaan musuh Islam itu.

 

31 Mei, dunia dikejutkan dengan serangan Israel laknatullah ke atas kapal Mavi Marmara yang sedang belajar menuju ke Gaza atas nama kemanusian.

 Kapal ini membawa barang-barang keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan untuk membantu mengurangkan sedikit keperitan yang dihadapi rakyat Gaza .

Malangnya, niat suci lagi murni penduduk dunia yang lain seolah-olah terhenti buat seketika apabila kapal ini diserang oleh tentera Israel menerusi udara dan laut.

Beberapa aktivis yang menyertai konvoi ini telah terkorban dek kerana kekejaman musuh Islam ini. Keadaan didalam kapal menjadi kecoh dan ramai antara aktivis cedera termasuk 12 rakyat Malaysia yang menyertainya.

Lantas suara-suara dunia dengan lantang mengutuk perbuatan Israel ini. Ada yang negara yang nekad menghentikan hubungan diplomatik dengan Israel.

 Semua penumpang kapal telah di tawan dan dibawa ke penjara. Segala kamera dan alat-alat media telah dirampas dengan  helah untuk menutup sikap mereka yang keji. Dikhabarkan oleh Israel bahawa, mereka terpaksa menyerang demi mempertahankan negara. Dikatakan penumpang kapal membawa senjata namun itu hanyalah omongan kosong. Telah sahih lagi benar bahawa aktivis-aktivis ini hanya membawa keperluan asas untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin. Tambahan lagi, masa kejadian berlaku, kapal ini sedang belayar di laluan antarabangsa. Belum lagi masuk perairan Israel. Nampaknya musuh ini talah melanggar undang- undang dunia.

Hentikanlah propaganda- propaganda yang tidak masuk akal itu wahai Israel laknatullah.

Selepas tawanan – tawanan kapal Mavi Marmara dilepaskan, Alhamdulillah mereka telah dihantar ke Amman, Jordan sebelum masing-masing berlepas ke negara mereka.

Dan  dikhabarkan ketika ini, sebuah kapal iaitu Rachel Corrie yang membawa enam orang rakyat Malaysia dan beberapa orang rakyat Ireland sedang belayar bagi meneruskan misi kemanusiaan ini.

Dua daripada rakyat Malaysia adalah wartawan tv3.  Kapal ini dijangka tiba ke Gaza lewat Jumaat atau pagi Sabtu ini.

Apa yang membuatkan kapal ini terus belayar adalah  semangat

Perjuangan dan kemanusiaan yang  tinggi demi membantu rakyat Palestin.

Walaupun bakal mendapat tentangan yang lebih dahsyat dari Israel, namun mereka tetap meneruskan misi ini.

Biarpun konvoi yang pertama telah kalah namun semangat dan sokongan moral rakyat dunia telah kita menangi. Sekarang telah ramai yang membuka mata dan sedar akan kekejaman Israel terhadap Palestin. Semoga misi ini berjaya dan diharapkan Palestin akan mendapat kemerdekaannya semula setelah begitu lama dijajah Israel laknatullah.

halus itu seni, seni itu halus

seorang rakan saya yang sedang belajar medic di mesir mengatakan bahawa tiap kali dia stress atau tension, dia akan menulis khat.

katanya khat dapat membantu menghilangkan perasaan itu dan memberikan ketenangan. oleh itu saya cuba mengikut caranya jika mengalami situasi itu. nyata sangat membantu.

selain menulis khat, melukis juga dapat membantu…

hanya itu yang termampu saya lakukan..thanxx kawan.

kenakalan akhirnya membawa perubahan

Teeettt!!!Alarm berbunyi dengan menyanyikan lagu korea 3 Bears yang popular menerusi drama korea full house. Lakonan mantap pelakon Rain yang hensem tahap cipan sebagai hero.

Dengan malasnya Batrisyia mencapai telefon bimbitnya yang semakin lantang mnyanyikan lagu.

 Ouuuhhh!!! Baru pukul 3.30 pagi..Beratnya rasa nak membangunkan diri yang sememangnya berat ni. Eermm …setelah berjuang habis-habisan melawan datuk, nenek , cucu dan cicit iblis segala bagai yang agak-agak seberat guni beras ni, mampu jugak aku bangun.

Memang nahas la kalau aku tak membangunkan diri waktu ni then  apa la yang akan jadi dengan pelajaran aku kalau tak study waktu-waktu yang sangat baik ini. Mana taknya, aku ni nama je pergi sekolah everyday. Tapi tak paham pon apa yang cikgu pomprang-pomprang ajar kat depan. Tu la, aku ni memang manusia luar alam betul la. Lain daripada yang lain. Entah virus apa yang terjangkit masa mak aku mengandung. Hailaa..salahkan ibu mengandung la pulak. X baik wooo..insaf-insaf. Tak apa, dah memang Allah jadikan aku spesis yang macam ni, redha je la. Lagipon bukannya masalah dunia kalau belajar sendiri. Bak kata omputih, “it’s not a crime if you study urself”..haaa..kan dah keluar jargon luar alam aku.

Bila dah bangun pagi-pagi buta macam ni, rutin aku ialah bersihkan diri, sujud mengadap Allah yang Maha Esa then baru study.  Lepas tu bila dah agak boring study, aku sediakan la breakfast for my family..wuhuuu!!! anak solehah jugak kan aku nih..Batrisyia mengelamun sendiri dalam kedinginan yang mendamaikan ini.

       Jam menunjukkan pukul 7.25 minit pagi. Batrisyia masih berdiri umpama pokok yang kaku di tepi jalan .

Aduhh!!! It’s already 7.25 am. I’m gonna be late as usual.

Masalah betul la pakcik bus nih. Setiap hari lambat! Padahnya aku juga yang dapat. Nasib badan sungguh. Lebih kurang pukul 7.30 barulah bus yang dinanti umpama menunggu hujan turun di Mesir sampai. Dengan pantas dan cekapnya, Batrisyia menaiki bus itu. Di dalam bus, keadaan sangat sesak. Terhimpit-himpit semua orang. Nasib baik masih pagi. Wangi la cikit baunya. Kalau tengah hari, alamat pengsan la jawabnya. Hangit kott!!

       Ohh pakcik bus yang hensem + kacak + bergaya… hahaha!! Saya nak gulakan pakcik ni sikit. Boleh tolong laju sikit tak???.Saya dah lambat la pakcik. Kang penunggu setia saya kat depan pintu pagar tu masuk kelas, teruk la saya. Terbayang manusia-manusia yang bertudung biru dengan muka serius macam harimau kelaparan tak makan setahun. Habis la aku kena terkam dengan diorang.

Tepat 7.45 minit, Batrisyia tercongok depan gate sekolah. Muka dimaniskan semanis yang mungkin. Lebih manis dari gula melaka rasanya. Sambil dalam hati membaca segala jenis surah untuk melepaskan diri dari pengawas.

Batrisyia! Kenapa awak lambat lagi!?? Seperti biasa, ustaz Pian selaku guru disiplin bertanya.

Ustaz, saya minta maaf sesangat. Perut saya buat hal la pagi tadi. Ampun ye ustaz yang kacak lagi bergaya. Aduuhh!!! Penat la macam ni. Setiap hari kena memikirkan alasan yang kadang-kadang luar alam. Pakcik bus punya pasal la nih! Bukannya aku sengaja lambat. Nak kata lewat bangun, pukul 3.30 pagi aku dah membangunkan diri. Hailaaa..sarkastikus punya pakcik bus. Agaknya aku kena minta number telefon pakcik bus kot. Boleh la tolong kejutkan dia awal sikit, then aku takkan terlambat lagi.

Setelah berjaya melepaskan diri dari cengkaman ustaz pian, Batrisyia lari sekuat mungkin untuk masuk ke kelas.

Comfirm cikgu Amran dah masuk ni. Dah pukul 7.50 am.

As usual, semasa cikgu sedang menulis kat depan, aku lari la masuk ikut pintu belakang. Kengkawan semua dah amat memahami aku. Selama aku sekolah, tak pernah datang awal. Dari form 1 hinggalah form 5.  Maaf la ye kawan-kawan yang disayangi. Masalah aku ni memang x dapat diatasi.

 

Assalamualaikum, maaf kepada tuan-tuan dan puan-puan guru. Disini ada satu pengumuman. Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 5, pada hari sabtu ini akan diadakan bengkel mathematics dan sejarah. Semua pelajar diwajibkan hadir. Sekian terima kasih. ‘Ketua pengawas , Aiman tahi lalat membuat announcement’.

Batrisyia dan gengnya sedang melepak gaya santai baik punyer dekat kantin sekolah.

Babe! Korang dengar tak  apa yang aku dengar?? Haaa..aku dengar lorr..bukannya aku sound trouble lagi. Aina menjawab. Huh! Malasnya aku nak datang weyh. Tolong arr.. Kehadiran diwajibkan lak tu. Macam korang tak taw, aku ni susah nak masuk la kalau belajar dalam kelas camni. Batrisyia dah wat muka ala-ala mangga masam yang di jual dekat kantin sekolah. Ala Bat, ko datang je la. Jangan nak cari pasal lagi. Dah la ko selalu datang sekolah lewat. Kang bertambah helaian buku disiplin ko. Najwa berkata ala-ala professor bagi ceramah la pulak.

Ermm…ye la aku datang. Tapi……sambil mengedipkan mata Batrisyia menuturkannya. Dah macam seguni habuk masuk dalam mata.

Aina sengih kepada Najwa, dia dah ada plan la tu Wa oii. Bat ohh Bat…

Hari sabtu yang menyiksakan jiwa batin pun tiba. Batrisyia tiba di perkarangan dewan sekolah tepat jam 8 pagi. Seperti biasa Aina , Najwa dan Wahida dah setia menanti kehadirannya. Wassuup babe! Kabare? Waraskah?? Batrisyia menyapa gengnya. Kami semua waras lagi la Bat oii…tak ada yang masuk Tanjung Rambutan or Tampoi lagi setakat ni. Panjang lebar Wahida menjawab. Aduhh!! Wahi oh Wahi.. ko ni memang skema + blur la. Aku dah tak taw macam mana nak rawat ko ni. Ni haa.. meh aku nak ajar sikit tentang bahasa. Untuk pengetahuan ko, waras tu dalam jowo means sihat. Yang ko pergi merepek sampai masuk Tanjung Rambutan segala bagai wat mende. Masalah dunia betol la ko ni. Nil haa..untuk pengetahuan aku pula, ko dah paham ke belum??

Aku dah paham la weyh!! Wahi menjawab dengan marah –marah manjanya.

Thanxx la Bat for teach me new word from jowo. Ko la cikgu aku dunia akhirat. Sayang ko !Mmmuaahhh!!!

Huh!! Sudah, tak payah nak gulakan aku lagi. Dah bersemut badan aku ni. Manis sangat la katakan. Hahahaha! Batrisyia mengekek- ngekek  gelak.

Babe! Jom la masuk dalam dewan. Dah nak start ni. Najwa mengajak.

Haaa…jom la semua. Betul-betul menyiksa jiwa batinku.’Batrisyia berkata-kata dalam hati’.

Bengkel berjalan lancar seperti biasa. Tetiba Batrisyia  berbisik kepada gengnya. “aku nak gi toilet jap ek. Nak terkucil la”. Dia  lantas bangun keluar dari dewan menuju ke toilet. Semasa dalam toilet, dia dah fikirkan segala macam  teori untuk ‘mem fly kan’ diri dari bengkel yang membosankan tahap petala kelapan ni. Lantas dia keluar dari toilet dengan terhendap-hendap ala-ala spy tak bertauliah demi memastikan line clear. Bila semua dah clear, dengan pantas umpama lipas kudung dia melarikan diri kearah blok E .

Blok yang menempatkan pelajar form 3 dan di belakang blok itu terdapat pagar diperbuat dari dawai-dawai yang agak keras. Pagar yang terkopak bawahnya itulah yang bakal menyelamatkan nyawanya dari mati kebosanan. Ermmm…kalau bab kopak-mengopak ni, mesti la kerja budak lelaki.

Dengan cepat, Batrisyia pon menghampiri pagar untuk memboloskan diri. Entah bala apa yang menimpa, tiba- tiba ada pula sorang mamat yang sangat skema menjerit namanya. Hooiii Batrisyia! Ko wat apa ni!??? Fly ek!??? Aduhhh! Dalam hati menyumpah mamat sengal ni. Tak habis-habis nak kacau hidup aku. Aku backhand + smackdown baru ko taw. Oiittt!Encik Adam Habsyi yang kurang hensem lagi kurang bergaya dan kurang segala-galanya. Ko memang tak ada keje ek? Mengintip aku je sepanjang masa. Lantak aku la nak fly sampai ke langit biru pon. Ada aku kacau ko? Tak ada kan.

Memang la ko tak kacau aku. Tapi ko dah melanggar peraturan sekolah. So, aku as pengawas yang bertauliah perlulah menghentikan perbuatan ko ni. Eleh , mamat ‘selenge’ ni. Bersyarah kat aku pulak. Macam la ko bagus sangat. Aku ‘chepuk’ kang baru taw siapa Annur Batrisyia! Buang ‘current’ kasi blackout je aku gaduh dengan ko. Tak ada faedah langsung. ‘bagus juga tak ada faedah, takde la aku makan riba’. “aduh Batrisyia, sempat lagi ko buat lawak luar alam ni”

       Tengah sedap-sedap berperang mulut dengan si Adam ni, tiba-tiba muncul pulak ustaz Pian. Dalam hati Batrisyia, ‘ mati la aku kena baham dengan harimau jadian ni’. Nasib badan betul la. Semua ni gara-gara Adam la! Siap ko nanti!

Ehh Batrisyia! Kamu buat apa dekat sini? Bukan ke kamu patut berada dalam dewan? Aduh! Ustaz ni, tanya soalan kurang susah ni wat mende. Dah tercongok depan pagar roboh ni, nak buat apa lagi. Takkan nak kira formula maths kot. Hailaa…’tapi kata-kata tu terluah dalam hati je’.Gila nak cakap macam tu dekat ustaz Pian. Nak mati try la.

Ermm…ustaz, saya nak ambil angin kejap je. “sarkastikus punya jawapan”. Ohhh…yang kamu pulak Adam, ambil angin jugak ke? Ha ah la ustaz. Dalam dewan mengantuk sangat tadi. Jawab Adam dengan selamba. Ciss! Tak guna mamat sewel,tiru alasan aku. Debik ala-ala The Rock kang baru taw!

       Hey budak- budak! Korang ingat ustaz ni budak tadika ke? Dah tercongok depan pagar ni, mesti nak fly. Mengaku aje. ‘dengan muka serius ustaz Pian berkata’.

Mana ada ustaz. Saya tak terfikir pon nak buat camtu. Adam ye la kot. ‘dengan senyum sinis Batrisyia memandang Adam’. Sudah! Tak payah bagi alasan lagi. Hari Isnin nanti jumpa ustaz di pejabat! Faham! Pergi masuk dewan cepat! ‘arah ustaz dengan garang.’

       Isnin berikutnya, tersebarlah berita Annur Batrisyia dan Adam Habsyi ditangkap oleh ustaz Pian semasa cuba  fly dari bengkel maths dan sejarah.

Semasa rehat Batrisyia lepak bersama Aina, Najwa dan Wahida di kantin. Babe! Aku dengar ko kena tangkap dengan ustaz Pian ek masa cuba fly time bengkel? Najwa bertanya. Oooo…patut la ko menghilang pergi toilet berjam-jam. Si wahi blur menambah. Wait a minute, bab fly tu memang aku tak terkejut. Yang aku hairan bin ajaibnya, ko fly dengan si Adam Habsyi musuh ketat ko tu. Pelik siot!

Correction cik Aina yang mulut laser macam lepas makan asam pedas oi. Hilang akal ke apa aku nk fly dengan si Adam sengal tu. Fuuhh! Luar alam sungguh berita palsu ini. Mana mungkin aku reconcile with the dope and cocky person like him..ouchh! no!

It’s not funny at all my dear friends.

Actually, aku terkantoi dengan dia la masa nak fly. Then terpaksa dengar ceramah dia yang punya la panjang berjela. Lepas tu, secara ghaib dan ajaibnya ustaz Pian muncul. Apa lagi, memang terkantoi la jawapannya. What a pity person I’am. So sad…

Wakakakaka! Macam nak guling-guling kat padang je aku dengar cerita ko ni. Ceh! Sengal sungguh Aina ni. Boleh gelakkan aku lak. Tak kelakar at all      !

Bat, mengikut naluri aku yang suci lagi murni ni kan, aku rasa ko memang berjodoh la dengan si Adam. Sama- sama nakal. Sama-sama cantik dan sepadan. Macam pinang dibelah dua. Tak gitu wahai Wahida dan Aina? Haaa…pinang di belah dua ye. Aku belah kepala otak ko camtu ko nak? Hilang akal ke apa ko ni Najwa.

Wait a minute, haaa apa hal pulak ko minah blur? Jap ek, dari dulu sampai sekarang aku masih tertanya-tanya di minda ku yang brilliant ni. Kenapa ko tak suka Adam ek?

Brilliant la sangat kepala otak ko Wahi.

Aina, ko tolong jawabkan soalan minah blur ni. Malas aku nak layan. Semakin kusut otak aku ni dek melayan korang.

Ko ni Wahi, takkan dah lupa kejadian semasa kita form 3? Ala, masa kita kena buat keje kursus kemahiran hidup tu. Menjahit butang dan baju. Kan cikgu Faisol suruh Bat tunjukkan skill dia menjahit. Malangnya, si minah ni keras. Ala-ala tomboy gitu. Mana la dia reti nak menjahit segala bagai. Kerja kursus tu pun dia suruh mak dia buatkan. Then, masa kena tunjukkan skill tu, dia terkantoi. Yang si Adam pula tak habis-habis mengejek si Bat ni.  Start dari situ la diorang dah jadi macam anjing dengan kucing. Bergaduh tak sudah-sudah. Ingatkah dikau wahai cik Wahida blur? Yeah, I remember that! Thanxx for remind me. Ko simpan elok-elok dalam kepala otak ko yang tak berapa nak brilliant tu. ‘Bat menambah’.

Hari demi  hari berlalu. SPM pun dah selamat ditempuhi. Rasa macam baru je berperang dengan SPM. Tup-tup, sekarang dia dah berada di bumi Germany. Gengnya Aina , Najwa dan Wahida semuanya berjaya dalam SPM dan merantau di negeri orang. Aina dan Najwa buat medic di Ireland. Wahida pula di Korea. Ambil jurusan Bahasa Korea.

 Aku je yang buat engineering kat Germany ni sorang-sorang. Nak buat macam mana kan. Aku tak  sesuai ambil medic. Nanti kang habis patah segala tulang rusuk pesakit aku kerjakan. Tak apa, janji kita tetap geng sampai akhir hayat.

Miss u all a big time! Kat sini tengah winter sekarang. Bumi Germany memutih di litupi salji. Teringat angan-angan kita nak main salji sama-sama. Semuanya gara- gara terpengaruh dengan cerita korea. My girl, Sassy girl, Full House dan macam – macam lagi la. Memang besar impaknya. ‘Batrisyia mengelamun seorang diri di tepi tingkap sambil memandang salji yang berguguran’.

Diam tak diam, pengajiannya di bumi Germany hanya berbaki setahun je lagi. Cepat sungguh masa berlalu. After graduate, kena balik Malaysia. Bak kata orang hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik aku stay kat negara sendiri. Dekat dengan family. Tapi masalahnya, parents aku dah bagi warning. After graduate, angah kena kahwin. Umur pun dah makin meningkat. ‘Batrisyia teringat perbualan telefon dengan abahnya bulan lepas.

Aduh! Macam mana la aku nak kahwin. Boyfriend pun tak ada. Bukan saja boyfriend, kawan lelaki pun tak ada. Teman sekolej tu ada la. Tapi aku hanya berhubung dengan diorang bila perlu je. Bukan spesis aku nak berkawan dengan lelaki segala bagai. Even aku jenis yang kasar ala- ala tomboy , tapi bersosial dengan lelaki bukan muhrim memang kerja luar syllabus la. Aku lagi prefer berkawan dengan sesama jantina. Kat bumi Germany ni, sahabat sehidup semati aku adalah zatie. Budak yang lemah lembut gila tahap jelly from Kuantan. And dia sorang je yang panggil aku ‘Batrisyia’. Katanya lebih manis begitu. Ye la Zatie, manis sangat la kan.

Lagipun dekat sekolah dulu, guru-guruku melarang keras pelajarnya ‘bercouple’ atau berkawan dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa batasan . Pesanan tu memang melekat dalam kepala otak aku ni ala-ala lagu Yuna “you stick like a poster on my wall”.

Tiba- tiba YM Batrisyia di buzz oleh Najwa. Suruh accept conference pulak. Bat! Cepat la accept. Najwa menaip. Ye la, sabar kejap. Nak accept la ni. Wah! Najwa, ko buat meeting tergempar apa ni. Semua ada. Aina dan Wahi blur pun.

Haa..meh aku nak cerita, adu ada plan baik punyer. Summer break nanti, kita pergi melawat Wahi kat Korea. Aina dah setuju. Ko macam mana pulak Bat? Ermm..aku ok je. Tapi korang berdua terbang la ke Germany ni. Then kita ambik flight terus ke Korea. Macam mana babe? Kalau macam tu, nanti aku dengan Najwa fly ke tempat ko la Bat. Aina membalas. Ok, set!

Masa berlalu dengan pantas. ‘Pejam celik pejam tak celik-celik’. Haaa..maknanya tidur la tu. Sekarang dah summer break. Yeay! Esok Aina dan Najwa sampai. Then terbang ke korea. Rain! Wait for me! I’m coming! Hahahaha. Putus fius betul la aku ni.

Keesokan harinya Aina dan Najwa pun tiba di bumi Germany. Means, esok pulaknya, aku akan fly ke Korea. Bestnya!

Tiga sahabat ini kemudiannya terbang ke Korea dengan hati yang gembira tahap tak ingat. Aina, ko dah bagitahu si Wahi ke yang kita akan sampai sebelah petang? Dah. Relax la Bat. Buat kalut pulak. Si Wahi tu ha rasanya tengahari dah terpacak kat airport. Macam la ko tak kenal dia. Ok, cantek! X sabar aku nk jejak bumi Korea. ‘Batrisyia berkata sambil tersenyum’.

Akhirnya sampai juga mereka bertiga dan disambut penuh mesra oleh Wahida.

Eh, korang dah plan ke nak pergi jalan kat mana? Dengan pantas Batrisyia menjawab.

Dah! First sekali aku nak pergi Building 63. Then nak melawat rumah Full House.

Okey, kalau macam tu malam esok kita pergi Building 63 tu. Malam-malam baru cantik. Nampak seluruh bandar Seoul. “Wahi berkata- kata”.

Malam esoknya empat sahabat itu pun menuju ke Building 63 dengan gembira sekali. Babe! Bila lift start naik, korang angkat tangan kanan ala-ala budak akademi fantasia menari lagu menuju puncak taw. Nanti mesti korang rasa macam naik jet je. Dahsyat babe!

Ishh ko ni Bat! Memang tahap luar alam la ek ko ter’influence’ dengan cerita My Girl.

“Najwa membebel”. Ala Wa, dah cerita tu je aku tengok every break. Memang melekat la dalam kepala otak aku yang geliga ni. “Batrisyia menjawab sambil mengeyitkan mata” . Sudah-sudah! Dah macam budak mental disorder je aku tengok ko ni Bat. ‘Wahi menambah’.

Tengah syok-syok ‘meng usha’ bandar Seoul yang cantik disirami cahaya lampu, tetiba mood Batrisyia di ganggu.

Salam saudari, boleh pinjam syiling tak. Saya nak teropong juga. Tapi takde syiling.

Aduh! Mamat ni. Spoil mood aku je. Kalau takde syiling, tak payah la teropong. “bebel Batrisyia tanpa memandang mamat itu”.Mamat Malaysia mana pula la yang tersepit di tengah bandal Seoul ni. Dia lantas menyeluk poket dan mengeluarkan beberapa syiling mata wang Korea. Nah, ambil ni. Sambil menghulurkan syiling dia mengangkat mukanya.

Terkejut bukan kepalang. Rasanya macam kepala dilanggar todak .Aduh, jargon luar alam apa yang ko cakap ni Batrisyia. Kena langgar todak segala bagai. “Batrisyia berkata dalam hati”. Adam Habsyi ! budak yang selalu cari gaduh dengan aku time sekolah dulu. Sampai ke sini ke dia mengintip aku? Memang nak kena backhand !

Bat! Si Aina, Najwa dan Wahida menghampirinya. Pe hal babe? Aina bertanya sambil memandang pemuda di hadapan. Muka semua orang mempamekan reaksi terkejut. Wahida saja yang cool. Mana taknya, dia yang plan semua ni. Gara-gara pujukan dan rayuan si Adam yang nak sangat jumpa Batrisyia. Kawan-kawannya tak tahu yang si Adam belajar di university yang sama dengannya. Kos je yang lain. Adam ambil engineering.

Eh, ko Adam Habsyi kan? Najwa bertanya. Ha ah, betul la. Aku Adam. Takkan dah lupa kot? Adam menduga. Bukan lupa, tapi muka ko dah lain sikit la. Macam dah bertambah hensem sikit je. Ceh! Entah-entah dia cucuk botox kat sini. Tu yang ko nampak dia berubah Wa oi. “Batrisyia mencebik off handed”.

Wait a minute, ko buat apa kat sini? Mengintip kitorang ke? Aina bertanya.

Ermm..aku study kat sini la. Tak kuasa aku nak mengintip korang. Eleh, belagak pula budak ni. ‘chepuk kang baru taw’. “Batrisyia menyumpah dalam hati”.

Adam, esok pagi kitorang nak pergi melawat rumah Full House. Ko nak ikut tak? Dengan senyuman ala-ala kambing Wahi bertanya.

Aku no hal je. Tapi diorang setuju ke aku ikut ni? Mana la taw kan, ada orang tu tak suka.

Ala, diorang ok je. Kan kawan-kawan? Yeah, bagus juga ada lelaki ikut sama. Takde la bahaya sangat. “Aina menambah”.

Keesokannya paginya, perjalanan menuju ke rumah Full House di teruskan. Agak tengahari mereka tiba. Batrisyia begitu teruja dapat melawat rumah idamannya. Photo diambil sebagai kenangan. Setiap sudut rumah ditangkap gambarnya. Masing-masing sibuk melayan perasaan. Tetapi Batrisyia tidak sedar yang segala perlakuannya di perhatikan Adam.

Adam! Laung si Wahida memanggil nama Adam. Ko tolong tangkap gambar kitorang berempat kejap. Masing- masing sudah siap berposing diatas buaian yang berhadapan dengan pantai. Buaian yang Rain selalu naik sewaktu pengambaraan drama bersiri Full House.

Haa.. ok, semua senyum. Adam memberi arahan. Manisnya senyuman si Batrisyia ni. Senyuman yang terselindung di sebalik sifat tomboy dan kerasnya itu. ‘suara hati Adam berkata-kata’. Adam memang sudah maklum dengan perasaannya. Dia cintakan Batrisyia. Perasaan itu hadir sejak zaman persekolahan lagi. Tapi tidak dilayan dan di buang jauh perasaan itu. Dia tidak mahu mencintai insan lain dan melupakan cinta Allah. Cinta yang Maha Esa lagi penting untuknya.

 

“Tidak dinamakan cinta kalau melemparkan pasangan ke neraka. Tidak dinamakan cinta kalau buat diri dan pasangan fail periksa. Tidak dinamakan cinta kalau buat pasangan dan diri sendiri lupa serta jauh dari Allah SWT.”

Kata –kata inilah yang diungkap oleh ustaz Pian semasa dia mengajukan soalan tentang cinta. Dari situ dia bertekad untuk mencari cinta Ilahi. Dia yakin jika dia mencintai Allah sepenuh hati, tentu Allah akan kurniakan pasangan yang mengutamakan cinta Allah kepadanya suatu hari nanti.

Summer break dah habis. Sekarang Batrisyia sedang bertarung nyawa untuk menghabiskan sisa-sisa pengajiannya di bumi berempat musim ini. Akhir tahun nanti, InsyaAllah dia akan tamat pengajian.

Adam di bumi Korea masih bingung dengan keputusan yang dia dapat hasil daripada solat Istikharah yang dilakukannya hampir setiap malam. Annur Batrisyia adalah wajah yang muncul dalam setiap mimpinya. Dia tidak menafikan yang dia sukakan Batrisyia. Tapi bila terkenangkan sikap Batrisyia, dia menjadi bingung. Mahukah dia menerima aku? ‘Adam bermonolog sendirian’.

Ya Allah, I need a courage to face this thing. Lantas dia menelefon ustaz kesayangannya di Malaysia. Setelah memceritakan segala- galanya kepada ustaz Pian, keputusan pun diambil.

Hasil nasihat dari ustaz Pian, dia meghubungi keluarganya di Malaysia. Adam menjelaskan semuanya kepada parentsnya. Abah, Adam ada hajat sikit. Harap abah boleh tunaikan. Erm..bolehkah abah tolong Adam meminang seseorang? Mulanya abah sedikit terkejut. Namun apabila diterang seterang-terangnya oleh Adam, abahnya mula memahami.

Di bumi Germany pula berlaku kejutan yang hampir memutuskan fius kepala otak Batrisyia. Parentsnya menghubunginya jauh dari Malaysia dan memberitahu hasrat pihak keluarga Adam. Anak abah sayang dan manja, abah ada hal nak bagitahu Batrisyia ni. ‘dalam hati Batrisyia terdetik, pe hal la pulak abah aku ni guna jargon luar alam ni . manja sayang segala bagai’.

Haa..apa halnya abah? Bagitahu je la. Batrisyia dengar ni. Semalam ada rombongan datang. Belum sempat abahnya menghabiskan kata, Batrisyia dah mencelah. Laa abah, sejak bila rumah kita jadi tempat lawatan ni. Siap ada rombongan lagi. Adik buat rombongan ajak kawan-kawan dia datang rumah ke?

Ishh.. budak ni. Sempat lagi buat lawak luar syllabus . “abah memarahi”.

Bukan adik buat rombongan la angah sayang oi. Ada rombongan meminang angah sampai kat rumah ni. Membawa hajat orang jauh di perantauan, Korea.

Hampir terjatuh rahang Batrisyia mendengar ayat yang terakhir itu. Korea? Takkan Wahida meminang aku kot? ‘memang luar alam sungguh’. Wait! Adam Habsyi!?

Angah, are u there? Abah bertanya. Yeah, I here abah. Abah dah terima pinangan tu. Umpama terjatuh dari langit ketujuh rasanya mendengar kata-kata abah. Hah! Kenapa abah terima? Lorr, kan abah dah warning angah. Angah kena kahwin cepat after graduate. Umur angah semakin meningkat tahu tak. Lagipun angah tak ada calon lagi kan. So, abah terima je la. Untuk kebaikan angah juga. Ikut abah la. Angah ikut je. ‘Batrisyia berkata lemah’.

Selepas tamat pengajiannya, Batrisyia mengemas segala harta benda kepunyaanya yang dikumpul selama berada di perantauan. Barang- barang akan dihantar balik ke Malaysia menggunakan khidmat shipping. Esoknya dia akan fly ke tanah air tercinta. Rindunya, dah lama tak balik. Dalam kegembiraan untuk pulang, terselit sedikit kegusaran di dalam hati kecilnya. Mana taknya, dia akan menamatkan zaman bujangnya sekejap je lagi. Seminggu selepas kepulangan, dia akan di ijab kabul dengan lelaki yang merupakan musuh ketatnya sejak zaman persekolahan. Macam mana la aku nak hadapi semua ini? Macam mana nak jadi isteri? Aku yang kasar ala-ala tomboy ni bakal jadi isteri kepada Adam Habsyi? Wooo..memang tak masuk akal. Mimpikah aku? ‘dia menampar pipinya sendiri’. Selama ini, ramai je yang cuba masuk line untuk meraih cintaku. Tapi semuanya gagal.

 Umpama lirik lagu kumpulan Wali band ,

 “daripada kita pacaran, lebih baik kita selawatan, daripada kita berduaan, nanti bakal dihasut setan. Awas jangan dekat – dekatan, kita kan belum ada ikatan. Daripada dekat- dekatan, banding(lebih baik) kita selawatan.

Haa..itu yang aku takut. Lelaki dan perempuan bukan muhrim berhubungan banyak bahayanya. Syaitan sentiasa cuba menghasut anak adam menuju lembah kehinaan. Daripada aku bergelumang dengan maksiat, lebih baik aku jauhkan diri.

“Bukan aku tak suka padamu, bukan aku tak mahu denganmu. Tapi aku mahu lihat dulu, setebal apa imanmu”.

Bukan tidak terdetik rasa cinta dihati. Abnormal la kan kalau tak ada rasa cinta. Tapi, aku mahu lelaki yang cintakan Allah lebih dari segala-galanya. Dari situ kita dapat lihat sejauh mana kuatnya iman didada. 

Angah! Cepat siap! Pengantin lelaki dah nak sampai. Abah berteriak selepas mendapat panggilan dari pihak lelaki. Hari ini majlis akad nikah. Esoknya pula, baru majlis persandingan. Ye! Angah nak siap la ni abah. Kejap je. ‘Batrisyia membalas’.

Tepat jam 5 petang, pengantin lelaki sampai di perkarangan rumah. Mereka di layan mesra oleh abah selaku tuan rumah dan sanak – saudara. Debar di hati hanya Allah yang tahu. Berdebar menanti detik bergelar isteri. Dengan sekali lafaz, Batrisyia sah menjadi isteri kepada Adam Habsyi. Syukur kepada Allah semuanya berjalan dengan lancar.

 Usai acara ijab kabul, kedua-dua mempelai beriringan masuk ke bilik untuk menunaikan solat sunat bersama-sama. Mohon agar ikatan yang dimeterai mendapat keredhaan yang Maha Esa.

Alhamdulillah, majlis pernikahan dan persandingan berakhir sudah. Syukur ke Hadrat Ilahi . Seminggu selepas bergelar suami isteri, Adam Habsyi dan Annur Batrisyia berangkat ke Melbourne, Australia. Adam telah mendapat tawaran di sana sebagai engineer. Batrisyia ikut sekali bersama suami tercinta.

Pada suatu petang, Adam dan Batrisyia berjalan-jalan sekitar park yang penuh dikelilingi bunga-bungaan. Kebahagiaan jelas terpancar dari riak wajah pasangan ini. Mereka pun duduk sebentar  di park bench bagi menghilangkan penat berjalan.

Adam, kenapa awak pilih saya? Kan awak selalu cari gaduh dengan saya time sekolah dulu. Dah la saya ni ala-ala tomboy. Mana ada lelaki suka. ‘Batrisyia menyoal’. Ermm..awak nak tahu ke sebabnya? ‘Adam  menyoal balik’.mesti la nak tahu. Backhand kang baru taw! ‘Batrisyia menjawab ganas’. Hehehe, awak ni asyik nak backhand orang je dari dulu sampai sekarang. Batrisyia dah buat muka tak berperasaanya.

Sebenarnya, dari dulu lagi saya suka awak. Tapi there is an obstacle yang menghalangnya. For me, to love someone, we should love our Creator first. That is the priority that we should do as a slave .

Oleh itu saya cuba menangkis rasa cinta itu dengan mencari Cinta Ilahi. Alhamdulillah, I found it. Allah Maha Pemurah wahai Annur Batrisyia. Dia juga menghadiahkan cinta awak kepada saya. ‘Adam menuturkannya’.

Batrisyia sebak dan terharu mendengar kata-kata Adam. Tak sia-sia dia menepis segala godaan cinta manusia selama ini. Rupanya Allah hadiahkannya cinta seorang lelaki yang sangat mengutamakan Cinta Allah dalam hidupnya. Semoga cinta kita mendapat redhaNYA , Adam Habsyi. Allah Maha Adil kepada setiap hambanya.

Carilah cinta Ilahi, kelak kamu akan dapat cinta manusia yang mencintai Allah lebih dari segala- galanya.  muncullah sinar kebahagiaan dalam hidup setiap insan. Janganlah engkau terpedaya dengan hasutan syaitan. Semua itu hanya angan- angan. Cinta selepas kahwin penuh dengan sinar kebahagiaan  dan keredhaan.